Bila
tibanya penghujung tahun, salah satu soalan yang sering dilontarkan
oleh mereka yang beragama Kristian kepada penganut Islam ialah seperti
berikut:
Kalau
benar umat Islam beriman kepada Isa, mengapa mereka tidak berserta
bersama dengan penganut Kristian menyambut Hari Natal sepertimana mereka
memperingati Maulid Nabi?
Bagi
kita, ini merupakan satu soalan yang sememangnya menarik dan perlu
diberikan perhatian yang sewajar. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa
umat Islam tidak merayakan Hari Natal seperti yang dilakukan oleh
penganut beragama Kristian.
Tiada bukti kukuh Isa a.s lahir pada 25 Disember
Hari
Natal atau Krismas tidak ada kaitannya dengan Isa a.s. Perkara ini
mungkin memeranjatkan bagi kebanyakkan orang tapi hakikatnya ialah tidak
ada sebarang bukti atau dalil kukuh dari kitab Perjanjian Baru atau
mana-mana buku sejarah yang mengatakan bahawa Yesus lahir pada 25
Disember. Cuba kita lihat beberapa pendapat.
“It
is doubtful that Jesus was truly born on December 25th. Some early
church fathers believed it to have been December 25th, but the Bible
does not say when Jesus was born. The Bible does not even really tell
us what season he was born. The early church declared December 25th to
be Jesus’ birthday in order to replace a pagan Roman holiday.” (John
Benza, Power to Change)
“The exact date of Christ’s birth is not known” (Encyclopedia of Early Christianity)
“Was
Jesus born on December 25? There is no evidence for this date. So then,
who decided that Jesus' birth would be celebrated on that date? The
early Christian church did not celebrate Jesus' birth. It wasn't until
A.D. 440 that the church officially proclaimed December 25 as the birth
of Christ. This was not based on any religious evidence but on a pagan
feast. Saturnalia was a tradition inherited by the Roman pagans from an
earlier Babylonian priesthood. December 25 was used as a celebration of
the birthday of the sun god. It was observed near the winter solstice.”
(dari laman web allaboutjesuschrist.org)
Ini diakui
oleh John W.Schoenheit dari Spirit & Truth Fellowship
International. Dia menyatakan bulan kelahiran Isa a.s adalah pada
September. Namun, dia sendiri menyakini tiada bukti yang jelas akan
tarikh kelahiran baginda dan perayaan kelahiran Isa a.s hanyalah satu
kesyukuran kepada Tuhan
25 Disember tarikh kelahiran dewa matahari
Menurut
bukti sejarah, tarikh Disember 25 merupakan sambutan hari kelahiran
dewa matahari di zaman empayar Rom. Ketika empayar Rom yang dahulunya
mengamalkan penyembahan berhala menerima agama Kristian sebagai agama
rasmi, perayaan hari kelahiran dewa matahari ditukar-ganti dengan
menyambut hari kelahiran Isa a.s sebagai anak Tuhan.
Ikuti penjelasan dibawah yang dipetik dari buku Jesus Christ, Our Promised Seed:
“In
274 A.D., the Romans designated December 25 as the birthday of the
unconquered sun, being the time when the sun begins noticeably to show
an increase in light, resulting in longer daylight hours. By 336 A.D.,
the church in Rome was adapting this festival, spiritualizing its
significance as a reference to Jesus Christ and calling it the ‘Feast of
the Nativity of the Sun of Righteousness.’ Attempting to Christianize
and incorporate the pagan traditions of antiquity, the church in Rome
adopted this midwinter holiday celebrating the birth of the sun god as
one of its own observances, somewhat changing its significance, but
retaining many customs of the pagan festival. As the Roman church spread
its influence religiously and militarily, this holiday of December 25
became the most popular date in Christendom to celebrate the birth of
Jesus Christ. A special mass was established for Christ, hence, the
name, ‘Christmass,’ abbreviated ‘Christmas.’”
“One
widespread explanation of the origin of this date is that December 25
was the Christianizing of the dies solis invicti nati (‘day of the birth
of the unconquered sun’), a popular holiday in the Roman Empire that
celebrated the winter solstice as a symbol of the resurgence of the sun,
the casting away of winter and the heralding of the rebirth of spring
and summer.” (Encylopaedia Britannica)
Pendek
kata, tarikh Disember 25 dan sambutan Krismas bertitik tolak dari
pemujaan berhala yang jelas berunsur syirik dan sesat. Ia bukan hari
kelahiran Isa al Masih (as) yang sebenar tapi diwujudkan untuk meraikan
kelahiran dewa matahari yang disembah oleh masyarakat Rom ketika itu.
Oleh kerana Islam menegah umatnya dari terlibat dalam perkara-perkara
yang mengandungi unsur syirik dan batil, maka sewajarnya kita perlu
menjauhi diri dari menyertai sambutan Hari Natal.
Kelahiran Isa a.s bukan di musim sejuk
Menurut
gambaran tentang kelahiran Isa yang diberikan dalam bab 2, ayat 8 dalam
Injil Lukas, semasa beliau lahir “gembala-gembala yang tinggal di
padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam” (Al Kitab
Indonesia Terjemahan Baru). Ini membawa maksud bahawa para pengembala
kambing berada di kawasan padang terbuka pada waktu malam bersama-sama
dengan haiwan ternakan mereka.
Kalau
peristiwa ini dikatakan berlaku pada penghujung bulan Disember ia
adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ini kerana bumi Palestin pada
setiap bulan tersebut mengalami musim sejuk, sepertimana di Eropah.
Sudah tentu ia bukannya masa yang sesuai untuk menternak haiwan di
kawasan terbuka kerana kemungkinan besar si pengembala dan haiwan
ternakkannya akan mati kesejukan bersama.
Jadi,
berkemungkinan besar Isa a.s lahir lebih awal dari bulan Disember,
iaitu semasa musim panas yang membolehkan haiwan ternakan dilepaskan
untuk berkeliaran di kawasan padang terbuka walaupun pada waktu malam.
Hanya cuaca musim panas yang dapat mengizinkan perkara sedemikian.
Isa a.s dan pengikutnya tidak menyambut kelahiran baginda
Dalam
kitab Perjanjian Baru tidak disebut bahawa Isa a.s menyambut hari
lahirnya atau menyuruh para pengikut untuk memperingati tarikh kelahiran
beliau. Malah tidak ada sebarang rekod yang membuktikan pengikut Isa
yang terawal mahupun generasi yang seterusnya merayakan hari kelahiran
beliau. Lebih memeranjatkan ialah ada segelintir penganut Kristian yang
menganggap sambutan Hari Natal sebagai satu bidaah dalam agama mereka
yang patut ditentang keras.
Sebagai
contoh, pada kurun ke-17 pengikut bermazhab Puritan di England berjaya
mendesak Parlimen di negara itu untuk mengharamkan perayaan Krismas pada
tahun 1647. Sambutan itu digantikan dengan hari untuk berpuasa.
Pengharaman itu hanya berakhir pada tahun 1660 bila Raja Charles II
menaiki takhta. Pada masa yang sama, gereja Presbyterian juga tidak
mengalakkan sambutan perayaan itu di negara Scotland. Fakta sejarah ini
jelas menunjukkan bukan semua penganut Kristian yang teruja dengan
sambutan Krismas, walaupun mereka merupakan komuniti yang kecil dalam
dunia Kristian.
Meraikan kelahiran para nabi-nabi bukan tuntutan agama
Tidak
ada sebarang nas atau dalil dalam sumber-sumber Islam yang mewajibkan
atau menyuruh umat Nabi Muhammad (sas) untuk merayakan Hari Natal
mahupun hari kelahiran mana-mana nabi atau rasul yang diutus oleh Allah
s.w.t.
Dalam
Islam, hanya ada 2 perayaan keagamaan yang mesti disambut, iaitu Hari
Raya Eid-ul Fitr dan Hari Raya Eid-ul Adha atau Hari Raya Korban.
Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan satu
bidaah kerana ia tidak pernah diajar oleh baginda dan tidak disambut
oleh para sahabat baginda, sepertimana yang dilakukan oleh segelintir
umat Islam hari ini. Kalau sambutan Maulid Nabi itu merupakan bidaah,
apatah lagi menyambut Hari Natal yang tidak ada kaitannya dengan
kelahiran Isa putera Maryam (as).
Perayaan
maulid nabi tidak boleh dianggap sebagai satu ibadah khusus kerana
setiap dalil yang khusus memerlukan dalil-dalil yang spesifik dari Allah
dan RasulNYA. Adapun kuliah-kuliah ilmu berkenaan dengan sirah Muhammad
sallahu a’alaihi wassalam bukanlah bid’ah kerana ia dilakukan sepanjang
tahun. Ia menjadi bid’ah jika ia dikhususkan pada tarikh tertentu
dengan niat menjadikannya sebagai perayaan.
Maka
marilah kita sama-sama menjunjung tinggi sunnah Rasulullah SAW dan
ajaran Islam yang sebenar. Janganlah kita secara membuta tuli berturut
serta merayakan sesuatu perayaan keagaaman yang telah jelas kesesatan
dan kesyirikannya. Perlu kita ingat, bila penganut Kristian merayakan
Hari Natal mereka bukan sekadar memperingati tarikh lahir seorang nabi
berketurunan Bani Israel tapi seorang manusia yang mereka anggap sebagai
Anak Tuhan yang telah turun ke bumi dari syurga untuk mati di tiang
salib sebagai menebus dosa manusia.
Pegangan
ini jelas bercanggah dengan akidah suci Islam yang menegaskan bahawa
Isa al Masih (as ) bukan Tuhan atau Anak Tuhan tapi seorang nabi pilihan
dan pesuruh Allah yang diutuskan kepada Bani Israel untuk membawa
mereka kembali kepada syariat Nabi Musa (as) yang sebenar dan mengesakan
Allah Yang Tunggal.
Begitulah
antara beberapa sebab mengapa umat Islam tidak menyambut upacara Hari
Natal dan mengapa mereka perlu memastikan supaya tidak terlibat dalam
apa jua cara sekali pun. Dan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Bidasan kristian
Sebahagian
golongan kristian membidas dengan mengatakan pilihan tarikh ini
bukanlah satu yang penting. Yang penting, umat kristian bersatu dalam
meraikan anak Tuhan yang datang menebus dosa manusia. Maka isu bila Isa
a.s dilahirkan tidak penting. Sebab itulah ada mazhab kristian yang
tidak menyambut tarikh ini tapi pada bulan Januari 6
Bidasan mereka ini sama seperti golongan yang mensyariatkan perayaan Maulid nabi dan menjadikannya satu ibadah yang khusus
Ulasan kepada bidasan kristian
Jika
itu pegangan umat kristian, maka tidak perlulah mereka menyuruh umat
Islam mengikutinya. Umat Islam beribadah berdasarkan fakta dan dalil.
Kami mencontohi apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabah.
Kami tidak menambah ibadah khusus sesuka hati mengikut hawa nafsu
Jika
golongan kristian dengan mudah melakukan ritual yang menyanggahi ajaran
Isa a.s dan pengikutnya, maka tak perlulah di’ajak’ umat Islam
menyertainya
Jika mereka tidak segan silu mengubah ajaran Isa a.s, masakan pula mereka mampu menjaga ketulenan kitab pegangan mereka.
Lebih-lebih
lagi intipati perayaan tidaklah sama. Golongan kristian meraikannya
dengan kepercayaan bahawa Isa a.s adalah Tuhan, anak Tuhan dan
sebahagian dari trinity.
Sedangkan
umat Islam yang telah menyakini al-Quran, telah sebenarnya ‘merayakan’
kebenaran berkaitan dengan Isa a.s walaupun kami tidak meraikan
kelahiran baginda
Kesimpulan
Tarikh
25 Disember bukanlah tarikh kelahiran Isa a.s dan umat Islam tidak
dituntut meraikannya bersama golongan kristian. Alasan yang diberikan
kristian tidak menjadikan umat Islam perlu menyambut bersama mereka.
Umat Islam telahpun memuliakan para nabi walaupun kita tidak meraikan
tarikh lahir mereka
Umat Islam telahpun beriman kepada Isa a.s sebagai salah satu rasul agung pilihan Allah
Penghargaan
Artikel ini ditulis oleh Mohamed Sirajudin (Bendahari, IPSI) ( siraj_07@yahoo.co.uk) dengan sedikit ubahsuai dan tambahan dari pencari kebenaran






0 comments:
Posting Komentar